Pelan Keahlian PVK
Menjadi Sebahagian Daripada Komuniti Yang Bergerak Bersama
Menyertai Persatuan Pemuzik dan Vokalis Kuantan (PVK) bermakna anda memilih untuk berkembang dalam komuniti yang berstruktur, profesional dan beretika.
PVK mengalu-alukan individu yang komited untuk membina jaringan, meningkatkan kemahiran serta memartabatkan seni muzik tempatan.
★★★★★
Siapa Yang Layak Menjadi Ahli?
Keahlian PVK terbuka kepada :-
Penggiat Akfif
✔ Pemuzik dan vokalis yang aktif
Rangkaian Profesional
✔ Penggiat seni yang ingin membina jaringan profesional
Kewarganegaraan
✔ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Lokaliti
✔ Individu yang menetap atau aktif di sekitar Kuantan dan kawasan sekitarnya
Kategori Keahlian
🎵 Ahli Biasa
Pemuzik, vokalis atau individu yang aktif dalam bidang muzik dan ingin terlibat secara langsung dalam aktiviti persatuan.
🎤 Ahli Bersekutu
Kru teknikal, penulis lagu, penerbit atau penyokong seni muzik yang ingin menyumbang dalam kapasiti sokongan.
Individu yang berjasa dan dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi PVK.
🎖 Ahli Kehormat
Mengapa Menjadi Ahli?
Sebagai ahli PVK, anda berpeluang untuk:
Membina Rangkaian
Membina jaringan profesional dalam komuniti muzik tempatan
Menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan atau disokong PVK
Mengembangkan kemahiran melalui bengkel dan sesi perkongsian ilmu
Aktiviti Sokongan
Penguasaan Kemahiran
Komuniti Beretika
Menjadi sebahagian daripada komuniti yang beretika dan saling menyokong
Ahli yang aktif sentiasa berada dalam ekosistem yang bergerak dan berkembang.
Tanggungjawab Ahli
PVK dibina atas semangat profesionalisme dan kebersamaan. Setiap ahli digalakkan untuk:
Taat Setia
Mematuhi perlembagaan dan peraturan persatuan
Menjaga nama baik serta imej PVK
Mengamalkan etika profesional dalam setiap aktiviti
Tanggungjawab
Beretika
Menyokong PVK
Memberi sokongan kepada program dan inisiatif persatuan
Ahli yang aktif sentiasa berada dalam ekosistem yang bergerak dan berkembang.
Proses Permohonan
Yuran pendaftaran dan yuran tahunan adalah tertakluk kepada ketetapan semasa persatuan.
1. Isi borang permohonan keahlian
Melalui laman web www.ppvk.org
2. Permohonan akan disemak oleh Jawatankuasa Tertinggi
Wakil PVK akan menghubungi anda jika memerlukan keterangan lanjut
3. Pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan dalam tempoh yang ditetapkan
7 hari waktu bekerja
Bersedia Untuk Melangkah?
Komuniti muzik tempatan sedang berkembang. Menjadi sebahagian daripada PVK hari ini bermakna anda bergerak bersama arus perkembangan tersebut.
Peluang hadir kepada mereka yang bersedia.
